Wednesday, February 16, 2011

Bagaimana Menangani Penurunan Berat Badan Yang Perlahan ? (PART 1)




Sekiranya anda menghadapi penurunan berat badan yang perlahan apabila telah lebih seminggu memulakan program diet SD2, ini bermakna tahap kesihatan metabolism anda adalah lebih perlahan dari orang lain dan dengan itu anda lebih perlahan membakar simpanan lemak dan penurunan berat anda pun memang jadi perlahan. Sekiranya anda memang seorang yang lambat menurunkan lemak, anda juga mungkin menghadapi masalah sekatan pembakaran lemak yang sangat mengecewakan apabila kadangkala berat anda tidak turun langsung buat seketika. Haraplah bersabar. Janganlah perkara ini menyebabkan anda mengaku kalah dengan cepat. Kekangan metabolism yang tinggi memerlukan anda melakukan beberapa penyesuaian kecil didalam perkara-perkara berikut:-

1. Adakah anda sudah faham maksud sebenar makanan berkabohidrat dan anda benar-benar tidak mengambil karbohidrat yang tersembunyi ?
Perhatikan karbohidrat tersembunyi dengan lebih teliti seperti salad dressings, kekacang dan kuah makanan untuk lamb/chicken chop dan kurangkan lagi makanan yang rendah karbohidrat seperti avocado, buah zaitun dan limau kasturi atau limau purut. Sila lihat tulisan saya sebelum ini mengenai karbohidrat tersembunyi. Gunakanlah keto sticks secara lebih kerap untuk memastikan bahawa anda memang tiada memakan karbohidrat yang tinggi. Sekiranya ujian keto sticks masih putih ini bermaksud anda perlu semak kembali setiap inci pemakanan anda kerana kandungan karbohidrat yang anda makan masih tinggi. Sekiranya ujian keto sticks anda sudah pink tetapi berat badan anda makin naik, besar kemungkinan anda sedang hamil.

2. Adakah anda masih kurang atau meninggalkan waktu makan yang sepatutnya ? Adakah anda masih berlapar ?
Makanlah sekurang-kurangnya 3 kali sehari atau 4, 5 kali sehari dengan saiz yang sederhana. Mengurangkan makanan atau terlalu lama tidak makan (anda tidak harus berlapar lebih dari 6 jam waktu berjaga) akan menyebabkan kandungan gula dalam darah berkurangan dan anda akan merasa letih, menggigil dan lapar. Ubah suai semula cara makan anda kerana anda tidak harus mengurangkan makan atau meninggalkan waktu makan anda. Sekiranya anda kurang makan dan selalu berlapar makan badan anda akan membakar lemak lebih perlahan kerana secara semulajadinya badan anda ingin hidup lebih lama dan membakar lemak lebih perlahan diwaktu susah untuk mendapatkan makanan.

3. Adakah anda memakan ubat-ubatan atau supplement yang menghalang penurunan berat badan ?
Sila semak kandungan ubat-ubatan anda serta supplement yang anda makan supaya tidak mengandungi kandungan karbohidrat serta gula yang tinggi atau termasuk didalam senarai ubat-ubatan yang melambatkan penurunan berat badan seperti yang telah saya senaraikan sebelum ini.

4. Jalanilah cara hidup yang aktif dan pergilah bersenam.
Pada tahap ini anda perlu pergi bersenam. Lakukanlah sekurang-kurangnya 30 minit senaman ringan setiap hari. Banyak maklumat yang saya dapati dari pengamal SD2 bahawa senaman akan mempercepatkan penurunan berat badan dan juga cubalah beralih jenis senaman dari satu jenis kepada jenis yang lain juga akan memberi kesan yang lebih baik.

5. Kurangkan terlalu banyak pemakanan berprotien pada satu masa.
Cuba fahamkan betul-betul maklumat ini kerana adalah penting untuk anda lakukan dengan betul. Jangan makan terlalu banyak pemakanan berprotien pada satu masa kerana jika terlalu banyak makan badan kita juga akhirnya akan boleh menukarkan protein menjadi gula didalam darah dan ini akan mengganggu pembakaran lemak didalam badan. Cara pemakanan protien yang sesuai adalah dengan memakan saiz yang kecil atau sederhana tetapi makan dengan lebih kerap seperti 4 atau 5 kali sehari. Anda sepatutnya rasa puas apabila selesai makan tetapi tidak terlalu kenyang. Makanlah dengan lebih perlahan boleh menyebabkan anda mengukur samada anda sudah kenyang atau belum. Apabila anda tidak yakin berapa banyakkah yang perlu anda makan kerana anda sudah biasa kerana bertahun-tahun makan dengan banyak, maka cubalah makan kurang dari apa yang anda biasa makan pada setiap kali waktu makan. Selepas 30 minit, jika anda tidak lagi merasa lapar, maka anda akan merasakan perbezaan diantara tabiat makan yang buruk atau lapar yang sebenar. Akhirnya anda akan belajar banyak manakah yang perlu anda makan yang akan menyebabkan penurunan berat badan.

(Artikel dipetik dari penulisan En Kamarul Nordin)

Hafiz Hamzah
012-9155159

Tuesday, February 15, 2011

Kenapa memakan buah-buahan TIDAK dibenarkan ketika menjalani program diet SD2 ?




Terdapat beberapa pendapat yang berbeza-beza berkenaan dengan konsep memakan buah-buahan semasa melakukan diet SD2. Masih ada yang mengatakan boleh memakan buah-buahan tertentu dan tidak boleh memakan buah-buahan yang lain. Oleh yang demikian pengamal SD2 sendiri mesti faham kenapa sebenarnya kita tidak digalakkan untuk memakan buah-buahan tersebut.

Walaupun kebanyakan buah-buahan adalah di dalam kategori karbohidrat yang baik, namun begitu buah-buahan adalah makanan yang mengandungi kandungan gula terbanyak dibandingkan dengan semua jenis makanan yang lain dan ini akan menghalang penurunan berat badan dan pembakaran lemak.

Di dalam fasa penurunan berat badan, kabohidrat yang boleh diambil hanyalah diantara 20 – 35 gram sehari untuk badan kita supaya masih boleh membakar lemak dibadan. Karbohidrat di dalam buah-buahan adalah terlalu tinggi untuk tahap yang dibenarkan ini.

Mari kita lihat secara secara terperinci kandungan karbohidrat di dalam beberapa jenis buah-buahan sebagai contoh:-

Jenis Buah Hidangan Kandungan Karbohidrat (gram)
Apple Hijau 1 (sederhana) 9.1 g
Apple Merah 1 (kecil) 13.1 g
Pisang 1 (keci) 22.9 g
Jambu (Guava) 1 (kecil) 20 g
Oren 1 (kecil) 10.4 g
Starfruit 1 (kecil) 10 g
Durian 1 (ulas) 27.9 g
Rambutan 4 – 5 (biji) 13.9 g
Anggur 8 (biji) 16.3 g
Betik 1 potong (kecil) 7.1 g
Tembikai 1 potong (kecil) 6 g
Avocado 1 (sederhana) 0.5 g

Source: New Image - Rapid Weight Loss Made Easy

Jika anda yakin bahawa buah-buahan yang anda makan tidak melebihi 35 gram sehari seperti memakan buah avocado, maka anda boleh makan buah-buahan tersebut. Jika tidak, adalah lebih selamat jika anda tidak menyentuh buahan-buahan tersebut untuk menjamin bahawa anda masih boleh membakar lemak tersimpan. Anda harus bertanggungjawab sendiri tentang apa yang anda makan dan tidak hanya mengambil cadangan atau pendapat tertentu tanpa memahami sebabnya yang sebenar.

Apabila anda telah faham akan konsep ini maka anda sudah boleh pula mengkaji akan sayur-sayuran dan banyak manakah yang anda boleh makan sehari. Sila lihat dan fahamkan akan kandungan karbohidrat sayur-sayuran dibawah dan buatlah keputusan anda sendiri daripada maklumat tersebut.

Vegetables (serving size) Carbs (g)
Peas, green, cooked (1 cup) 25g
Peppers, green (1 cup)10g
Pumpkin, cooked, mashed (1 cup)12g
Radishes, raw (1 cup) 4g
Spinach, cooked (1 cup) 7g
Squash, zucchini, cooked (1 cup) 8g
Squash, winter, acorn, cooked (1 cup) 30g
Succotash, cooked (1 cup) 47g
Sweet potato, baked w/skin (large) 44g
Tomatoes, raw (1 cup) 8g
Turnip, cooked, mashed (1 cup) 11g
Source: http://www.annecollins.com/dietary-carbs/carbs-in-veggies.htm

Semoga dengan ini anda menjadi pengamal diet SD2 yang lebih bijak dalam memilih pemakanan anda.

(Artikel ini dipetik dari penulisan En Kamarul Nordin)

Hafiz Hamzah
012-9155159

Gunakan Keto Sticks Untuk Ujian Pembakaran Lemak Apabila Mengamalkan SD2




Keto Sticks digunakan untuk ujian air kencing dengan mengukur jumlah ketone iaitu kumuhan pembakaran lemak dibadan.

Cara penggunaan: Lalukan atau rendamkan pada air kencing dan biarkan selama 1 minit dan lihat jika ada perubahan warna

Warna Putih - tidak ada pembakaran lemak. Kita masih memakan banyak karbohidrat yang menyebabkan pembakaran lemak tidak berlaku.

Warna Pink - pembakaran lemak tengah berlaku secara optimum

Warna Darker Pink / Purple - tidak cukup air and/or karbohidrat. Perlu meminum air lagi sekurang-kurangnya 2 litre sehari dan tambah karbohidrat yang diperlukan sedikit supaya menjadi pembakaran secara optimum dan keto stick pink kembali.

Harga ahli RM20
Harga bukan ahli RM27

Terdapat 50 strips untuk 50 kali ujian. Boleh dapatkan dari syarikat New Image atau pengedar anda yang terdekat.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Saturday, January 29, 2011

Testimoni SD2




Di atas adalah di antara beberapa testimoni yang berjaya kami kumpul untuk menunjukkan betapa mudah dan berjaya kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan. Memang sebelum ini pelbagai produk telah mereka cuba. Ada yang tak berjaya menurunkan berat badan dengan produk lain sebelum ini. Bukan disebabkan produk tidak bagus tapi kepayahan untuk meneruskan program itu. Mereka terpaksa berlapar, banyak benda yang tidak boleh dimakan. Tidakkah itu amat menyeksakan? Sudahlah mahal, berat tak juga turun.

Tapi kini harapan mereka tercapai dengan Slim Diet 2. Program yang cukup mudah malah murah. Anda tidak perlu berlapar, anda hanya perlu makan seperti biasa seperti sarapan pagi 'lunch' dan 'dinner'. Tapi dalam masa yang sama berat anda semakin turun. Jika anda masih mencari-cari jalan terbaik menurunkan berat badan, inilah jawapannya.

Tidak perlu berbelanja besar, tidak perlu menyeksa diri. Anda mampu lakukannya sendiri di rumah. Yang penting anda mengikut syarat-syaratnya, insya'Allah dalam seminggu anda menjadi saksi perubahan diri anda sendiri.

Apa yang menarik ialah berat badan susah nak naik semula setelah turun malah kulit anda tidak menggeleber atau kendur

Tiada peraturan rumit untuk dituruti ketika mengambil SD2. Cara makan SD2 amat mudah seperti berikut:-

1. Campurkan 2 skop SD2 kedalam lebihkurang satu gelas atau 200 – 250 ml air sejuk, kacau atau goncang sehingga larut didalam gelas atau shaker dan minum.

2. Minum sebanyak 4 kali sehari diselang-selikan dengan waktu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Contohnya begini; Bangun waktu pagi kita minum SD2 (1), lepas itu kita sarapan pagi. Sebelum makan tengah hari ambil SD2 (2) kali kedua dan kemudian makan tengahari seperti biasa. Sebelum makan malam kita boleh mengambil SD2 (3) sekali lagi dan makan malam seperti biasa. Kali keempat (4) boleh ambil SD2 waktu minum petang atau sebelum tidur. Semuanya 4 kali sehari dan boleh disesuaikan mengikut program harian kita supaya kita tidak berlapar dan perut sentiasa kenyang.

3. Boleh mengambil SD2 ketika sebelum atau selepas makan.

4. Sekiranya anda berpuasa, masih perlu mengambil SD2 sebanyak 4 kali sehari dengan jadual yang bersesuaian ketika berpuasa.

5. Pada waktu sarapan, makan tengahhari dan makan malam pula jangan mengambil makanan berkabohidrat dan bergula termasuk air yang manis serta berkafein dan juga buah-buahan. Makan lauk-lauk sahaja.

6. Boleh memakan sayuran-sayuran hijau dan juga tomato.

7. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari atau lebih lagi. Lagi banyak minum lagi baik.

APA YANG ANDA BOLEH MAKAN ?
(Digalakkan untuk makan. Boleh masak mengikut apa cara kesukaan anda)
AYAM
LEMBU
KAMBING
ITIK
IKAN
UDANG
KETAM
SOTONG
TELUR
BUAH AVOCADO & ZAITUN
SAYUR-SAYURAN HIJAU BUKAN UBI
PRODUK SOYA YANG RENDAH KARBOHIDRAT
KEJU YANG RENDAH KARBOHIDRAT
AIR TEH HIJAU YG TAK BERKAFEIN SERTA TIADA GULA
AIR KOSONG /AIS
LAIN-LAIN MAKANAN BERPROTIEN SAHAJA

APA YANG ANDA TIDAK BOLEH MAKAN?
(Dilarang makan untuk kesan yang optimum. Pengambilan yang sedikit juga akan melambatkan penurunan berat badan)
NASI
MEE
PASTA
ROTI
BISKUT
GANDUM/OAT/NESTUM
SAYURAN BERUBI
ALKOHOL
KAFEIN (KOPI/TEH)
MINUMAN RINGAN
MINUMAN DIET (SODIUM)
BUAH-BUAHAN
SUSU
GULA-GULA (MANISAN)
GULA
LAIN-LAIN MAKANAN BERKARBOHIDRAT SERTA BERGULA


Anda masih boleh mengambil makanan-makanan yang dilarang ini secara sederhana sekiranya anda tidak perlu menurunkan berat badan dengan cepat. Untuk kesan yang optimum, tinggalkan lah segala larangan tersebut sementara berdiet.


Hafiz Hamzah
012-9155159

Kelab VSC@facebook.com

Turun 30kg dalam masa 2bulan!! Rekod Baru!!



Di bawah ini adalah testimoni Puan Aishah yang saya ambil dari blog saya Alphalipid2apis.blogspot.com. Testimoni ini diambil pada 14/7/2010.

Malam tadi bertempat di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, satu testimoni terbaru tentang SDII menggemparkan para tetamu yang hadir. Puan Siti Aishah datang dari Kuala Perlis malam itu menceritakan pengalaman beliau menurunkan berat badan dari 86kg ke 56kg dalam masa dua bulan. Memang teruja mendengarnya..30kg!! Bukan sesuatu yang boleh kita percaya, tapi itulah hakikatnya.

Malam itu saya berkesempatan berbual dengan beliau dan bertanya sendiri apa rahsianya. Beliau menceritakan saat beliau mula mengambil SDII, memang sukar untuk berhenti makan nasi. Tapi beliau cuma makan nasi sekali saja sehari, itupun tidak sampai satu senduk. Hinggalah minggu ke 5, barulah beliau rasa betul-betul tak terasa nak makan nasi sangat.

Perubahan ini menguatkan lagi tentang kehebatan produk SDII ini. Ia adalah harapan baru bagi mereka yang telah berputus asa menurunkan berat badan. Kalau dulu anda terpaksa menahan lapar untuk kurus, kini anda kena makan pula untuk kurus. Bukti dah ada, Puan Siti Aishah dari Kuala Perlis turun 30kg dalam masa 2bulan. Terpulanglah kini pada anda sama ada ingin terus berputus asa atau tidak. Tepuk dada, tanyalah lemak.

Cadangan Menu Pemakanan Untuk Pengamal SD2




Untuk anda yang mengamalkan Slim Diet II, ini adalah cadangan menu hidangan ketika anda menjalani program diet SD2. Anda perlu lebih kreatif untuk perbagaikan jenis makanan (asalkan tidak memakan kerbohidrat dan gula) supaya kita lebih banyak pilihan dan tidak cepat jemu melihat makanan yang sama setiap hari. Nikmatilah makanan anda sepenuhnya dan ubahlah cara pemakanan yang biasa supaya anda tetap dapat menurunkan berat badan:-

Sarapan Pagi

1. Telor - Mata Kerbau, Setengah masak, Omelet (campur sausage, bawang, capsicum dan tomato)

2. Sausage – Rebus, grill, slice kecil dan goreng

3. Burger daging & ayam

4. Ayam kukus dengan spices

5. Fish finger/fillet (cari yang chunky kurang tepong)

Makan Tengah Hari

1. Ayam, daging, ikan, makanan laut, tauhu, tempe, telor itik dan sayur hijau dalam apa juga cara masakan

2. Yong tau fu tanpa kuey teow dan jangan ambil kuah coklat yang manis

Makan Malam

1. Soup/tomyam ayam, daging, tulang, makanan laut dengan sayur

2. Sate ayam, lembu, daging, perut etc (kurangkan kuah & jangan makan nasi impit)

3. Tahu bakar dan sotong kangkung

4. Western: Chicken chop, Lamp chop, steak (kurangkan kuah & jangan makan kentang)

5. Sama dengan makan tengah hari

Snek

1. Tempe/ikan bilis goreng dengan sedikit bawang dan chili potong (Jangan ambil terlalu banyak dlm sehari kerana tempe masih ada karbohidrat)

2. Nugget ayam, Drummet, Fish Fingers (perhatikan label kandungan karbohidrat tidak melebihi 35g sehari)

NOTA:
1. Makanan yang diproses seperti sosej, daging burger, fishfingers, nugget ayam, drummet dan seumpamanya masih mengandungi karbohidrat lebihkurang 4 gram setiap keping.
2. Makanan dari bahan soya seperti tauhu, tempe, air soya tanpa gula, taufufa tanpa gula dan seumpamanya bukan dari jenis protien isolate dan masih mempunyai 30 gram karbohidrat setiap 100 gram makanan.
3.Jangan ambil lebih dari 35gram net karbohidrat sehari untuk badan masih membakar lemak.
4. Kalau makan diluar ambil saja lauk pauk dan sayur, grill chicken, ikan bakar, lamb/chicken chop dan berhati-hati akan karbohidrat tersembunyi pada kuah blackpepper atau mushroom sos.
5. Kebanyakan chilli/tomato sauce ada kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Baca dulu lebel makanan dibelakang botol tersebut dan lihat berapa kandungan karbohidrat setiap saiz hidangan.
6. Kuah atau gravy untuk steak/lamb/chicken chop dan yong tau fu tinggi kandungan karbohidrat.
7. Buah-buahan juga mengandungi kandungan gula yang tinggi.Elakkan dahulu sementara berdiet.

PERHATIAN !!!
MENU CADANGAN INI ADALAH PANDUAN UMUM SAHAJA. PEMAHAMAN YANG LEBIH MENDALAM DIPERLUKAN TENTANG JENIS-JENIS MAKANAN BERKARBOHIDRAT APABILA ANDA MENGIKUT MENU CADANGAN INI DAN BERAPA BANYAK ANDA BOLEH MAKAN SEHARI. OLEH ITU ANDA HARUSLAH MENDAPAT PENJELASAN TERLEBIH DAHULU DARI PENULIS ASAL SEBELUM MENGIKUT MENU CADANGAN INI SEPENUHNYA ATAU SENTIASA MERUJUK KEPADANYA JIKA TIMBUL SEBARANG KEMUSYKILAN. SEKIRANYA TIDAK, ANDA DIMINTA BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA APABILA MENGIKUT CADANGAN MENU INI TANPA APA-APA RUJUKAN.

(Tulisan ini dipetik dari penulisan En Kamarul Nordin)

Hafiz Hamzah
012-9155159

Bagaimana SD2 Berperanan Menurunkan Berat Badan




Beberapa kajian telah ditulis didalam journal perubatan dari Havard Medical School menunjukkan kebersanan penurunan berat badan dengan cara Protien Sparing Modifed Fast (PSMF). New Image Slim Diet II program adalah berdasarkan konsep PSMF ini.

Bagaimanakah ia berfungsi ?

Apabila kita mengurangkan pemakanan berkarbohidrat (gula & makanan berkanji) maka dengan secara semulajadi badan kita akan membakar lemak yang tersimpan untuk sumber gula alternatif.

Jumlah karbohidrat yang kita makan yang akan menggerakkan pembakaran lemak adalah dipanggil Level Karbohidrat Yang Kritikal atau Critical Carbohydrate Level (CCL). Apabila lemak dihuraikan maka ketone akan dihasilkan dan proses penghuraian lemak ini dipanggil ketosis.

Jumlah ketone yang dikeluarkan boleh diukur dengan kertas ujian air kencing atau ketostix.

Keadaan seperti ini sangat baik untuk pembakaran lemak dibadan dan menghalang kita dari terlalu lapar.


Apakah kebaikan program ini ?

* selamat dan berkesan
* bekerja secara rapat dengan proses penurunan berat badan yang semulajadi
* menyelesaikan punca sebenar penambahan berat badan dan bukan menyelesaikan masalah sampingan sahaja
* harapan baru untuk menurunkan dan menjaga berat badan dengan jangka waktu panjang serta membaikpulih kesihatan secara keseluruhan
* memberikan segala keperluan badan untuk protien yang berkualiti tinggi, vitamin, mineral, asid lemak dengan kadar yang seimbang
* tidak menyebabkan kulit yang kendur tapi kulit menjadi tegang, tone, cantik dan tampak lebih muda
* membakar lemak yang tersimpan
* tampak dan rasa lebih sihat dan bertenaga


Anda tidak akan mengalami perkara-perkara berikut:-

* tidak perlu berlapar. makanlah 3 kali sekali atau ditambah lagi bila perlu.
* tidak ada kesan sampingan seperti program penurunan berat badan yang lain seperti sakit perut, buang air atau kelaparan terlampau.

(Artikel ini adalah hakcipta Encik Kamarul Nordin)

Hafiz Hamzah
012-9155159

Slim Diet 2 Atau SD2



Salam perkenalan semua.

Tahun 2011 ini akan bermula gelombang baru apabila satu lagi produk berkualiti dikeluarkan oleh N.Z New Image khas untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Inilah satu-satunya program slimming yang menggalakkan anda supaya jangan berlapar. Malah anda digalakkan untuk makan dan minum.

Ciri-ciri produk Slim Diet 2 ialah:

1. Ada Money Back Guarantee! Jika anda ambil produk ini dan tidak turun berat badan, maka duit anda akan dipulangkan sepenuhnya! Tapi...ada syarat: ujian keton anda mesti "pink"!

2. Diformulasi oleh 2 orang Doktor dari Harvard Medical School -Dr. George carhill dan Dr. George Blackburn. Medically well researched!

3. Tidak perlu berlapar! Anda digalakkan makan! (pilih banyak protin)

4. Tidak perlu cirit birit pergi ke tandas kerap kali!

5. Kulit tidak akan berkedut/menggelebeh.

Banyak lagi kelebihannya! Cuma nak tahu bagus tak bagus, anda sendiri kena cuba!


Berapa harganya?

Harga setin Slim Diet II ialah rm 144 setin untuk seminggu guna. Minum empat kali sehari.

Anda boleh dapatkan harga lebih murah jika jadi Ahli dengan bayaran yuran ahli seumur hidup Rm50 dan beli Slim Diet II setin pada harga diskaun Rm108 setin. Tetapi saranan saya jika nak cuba elok beli terus 6tin Slim Diet II (jumlah rm648 sahaja) sebab inilah program Slim Diet II (dua) yang paling murah berbanding dengan sesetengah program Slimming yang memakan kos berpuluh ribu ringgit!

Anda sebenarnya perlu kurangkan berat badan kerana dengan kembali slim anda sebenarnya mengurangkan risiko terkena penyakit kardiovaskular (pembunuh nombor satu manusia), kolesterol anda akan pasti turun, kencing manis (diabetes) semakin baik, dan lain-lain manfaat yg banyak sekiranya anda mengekalkan berat badan ideal.

Di dalam artikel seterusnya, saya akan cuba mengupas serba sedikit pengalaman-pengalaman saya sepanjang membuat bisnes ini. Tidak dinafikan pada mulanya saya mula membuat bisnes ini kerana ingin mencari pendapatan sampingan. Tetapi setelah lama-kelamaan, perasaan itu berubah dengan sendiri. Keuntungan tidak dikisahkan sangat kerana ia akan datang sendiri, tapi yang lebih penting kepuasan bila dapat membantu insan obesiti ini berjaya menurunkan berat badan tanpa ada risiko. Malah yang lebih penting lagi berjaya mendidik mereka tentang kepentingan menjaga pemakanan.

Tujuan saya berbuat demikian adalah kerana saya tidak mahu pelanggan-pelanggan saya bergantung sepenuhnya kepada produk-produk kurus yang berlambak di luar sana. Tidak akan ada kesudahannya. Produk-produk ini tidak akan wujud sekiranya ada kesedaran di kalangan kita bahawa pentingnya menjaga kesihatan dan pemakanan.

Apapun selamat mencuba SD2 kepada semua.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Sunday, January 23, 2011

SELAMAT DATANG KE DUNIA KURUS





Hafiz Hamzah
012-9155159

Assalammualaikum kepada semua. Pastinya kehadiran anda ke blog ini sudah tentu dengan tujuan ingin tahu rahsia menurunkan berat badan. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman sebagai "Slimming Consultant" bersama syarikat dari New Zealand iaitu NZ New Image Sdn Bhd.

Untuk makluman semua, segala informasi di dalam blog ini adalah hasil dari tulisan Encik Kamarul Nordin. Beliau berperanan sebagai "Wellness Speacialist di Kelab SD2. Beliau boleh dikatakan sebagai pakar diet kerana banyak membaca, mengkaji dan mengamalkan teori-teori pemakanan diet. Beliau menulis bukan melalui teori semata-mata tetapi dengan pengalaman beliau sendiri yang dapat menurunkan berat badan sebanyak 12kg dalam masa 6minggu.

Diingatkan juga penulisan dalam blog ini tidak boleh dianggap memberi khidmat nasihat perubatan atau "medical advice" atau khidmat professional lain kepada pembaca. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar perubatan diperlukan, sila dapatkan khidmat nasihat professional daripada pakar yang berkelayakan.