Saturday, January 29, 2011

Bagaimana SD2 Berperanan Menurunkan Berat Badan




Beberapa kajian telah ditulis didalam journal perubatan dari Havard Medical School menunjukkan kebersanan penurunan berat badan dengan cara Protien Sparing Modifed Fast (PSMF). New Image Slim Diet II program adalah berdasarkan konsep PSMF ini.

Bagaimanakah ia berfungsi ?

Apabila kita mengurangkan pemakanan berkarbohidrat (gula & makanan berkanji) maka dengan secara semulajadi badan kita akan membakar lemak yang tersimpan untuk sumber gula alternatif.

Jumlah karbohidrat yang kita makan yang akan menggerakkan pembakaran lemak adalah dipanggil Level Karbohidrat Yang Kritikal atau Critical Carbohydrate Level (CCL). Apabila lemak dihuraikan maka ketone akan dihasilkan dan proses penghuraian lemak ini dipanggil ketosis.

Jumlah ketone yang dikeluarkan boleh diukur dengan kertas ujian air kencing atau ketostix.

Keadaan seperti ini sangat baik untuk pembakaran lemak dibadan dan menghalang kita dari terlalu lapar.


Apakah kebaikan program ini ?

* selamat dan berkesan
* bekerja secara rapat dengan proses penurunan berat badan yang semulajadi
* menyelesaikan punca sebenar penambahan berat badan dan bukan menyelesaikan masalah sampingan sahaja
* harapan baru untuk menurunkan dan menjaga berat badan dengan jangka waktu panjang serta membaikpulih kesihatan secara keseluruhan
* memberikan segala keperluan badan untuk protien yang berkualiti tinggi, vitamin, mineral, asid lemak dengan kadar yang seimbang
* tidak menyebabkan kulit yang kendur tapi kulit menjadi tegang, tone, cantik dan tampak lebih muda
* membakar lemak yang tersimpan
* tampak dan rasa lebih sihat dan bertenaga


Anda tidak akan mengalami perkara-perkara berikut:-

* tidak perlu berlapar. makanlah 3 kali sekali atau ditambah lagi bila perlu.
* tidak ada kesan sampingan seperti program penurunan berat badan yang lain seperti sakit perut, buang air atau kelaparan terlampau.

(Artikel ini adalah hakcipta Encik Kamarul Nordin)

Hafiz Hamzah
012-9155159

No comments:

Post a Comment