Wednesday, February 16, 2011

Bagaimana Menangani Penurunan Berat Badan Yang Perlahan ? (PART 1)




Sekiranya anda menghadapi penurunan berat badan yang perlahan apabila telah lebih seminggu memulakan program diet SD2, ini bermakna tahap kesihatan metabolism anda adalah lebih perlahan dari orang lain dan dengan itu anda lebih perlahan membakar simpanan lemak dan penurunan berat anda pun memang jadi perlahan. Sekiranya anda memang seorang yang lambat menurunkan lemak, anda juga mungkin menghadapi masalah sekatan pembakaran lemak yang sangat mengecewakan apabila kadangkala berat anda tidak turun langsung buat seketika. Haraplah bersabar. Janganlah perkara ini menyebabkan anda mengaku kalah dengan cepat. Kekangan metabolism yang tinggi memerlukan anda melakukan beberapa penyesuaian kecil didalam perkara-perkara berikut:-

1. Adakah anda sudah faham maksud sebenar makanan berkabohidrat dan anda benar-benar tidak mengambil karbohidrat yang tersembunyi ?
Perhatikan karbohidrat tersembunyi dengan lebih teliti seperti salad dressings, kekacang dan kuah makanan untuk lamb/chicken chop dan kurangkan lagi makanan yang rendah karbohidrat seperti avocado, buah zaitun dan limau kasturi atau limau purut. Sila lihat tulisan saya sebelum ini mengenai karbohidrat tersembunyi. Gunakanlah keto sticks secara lebih kerap untuk memastikan bahawa anda memang tiada memakan karbohidrat yang tinggi. Sekiranya ujian keto sticks masih putih ini bermaksud anda perlu semak kembali setiap inci pemakanan anda kerana kandungan karbohidrat yang anda makan masih tinggi. Sekiranya ujian keto sticks anda sudah pink tetapi berat badan anda makin naik, besar kemungkinan anda sedang hamil.

2. Adakah anda masih kurang atau meninggalkan waktu makan yang sepatutnya ? Adakah anda masih berlapar ?
Makanlah sekurang-kurangnya 3 kali sehari atau 4, 5 kali sehari dengan saiz yang sederhana. Mengurangkan makanan atau terlalu lama tidak makan (anda tidak harus berlapar lebih dari 6 jam waktu berjaga) akan menyebabkan kandungan gula dalam darah berkurangan dan anda akan merasa letih, menggigil dan lapar. Ubah suai semula cara makan anda kerana anda tidak harus mengurangkan makan atau meninggalkan waktu makan anda. Sekiranya anda kurang makan dan selalu berlapar makan badan anda akan membakar lemak lebih perlahan kerana secara semulajadinya badan anda ingin hidup lebih lama dan membakar lemak lebih perlahan diwaktu susah untuk mendapatkan makanan.

3. Adakah anda memakan ubat-ubatan atau supplement yang menghalang penurunan berat badan ?
Sila semak kandungan ubat-ubatan anda serta supplement yang anda makan supaya tidak mengandungi kandungan karbohidrat serta gula yang tinggi atau termasuk didalam senarai ubat-ubatan yang melambatkan penurunan berat badan seperti yang telah saya senaraikan sebelum ini.

4. Jalanilah cara hidup yang aktif dan pergilah bersenam.
Pada tahap ini anda perlu pergi bersenam. Lakukanlah sekurang-kurangnya 30 minit senaman ringan setiap hari. Banyak maklumat yang saya dapati dari pengamal SD2 bahawa senaman akan mempercepatkan penurunan berat badan dan juga cubalah beralih jenis senaman dari satu jenis kepada jenis yang lain juga akan memberi kesan yang lebih baik.

5. Kurangkan terlalu banyak pemakanan berprotien pada satu masa.
Cuba fahamkan betul-betul maklumat ini kerana adalah penting untuk anda lakukan dengan betul. Jangan makan terlalu banyak pemakanan berprotien pada satu masa kerana jika terlalu banyak makan badan kita juga akhirnya akan boleh menukarkan protein menjadi gula didalam darah dan ini akan mengganggu pembakaran lemak didalam badan. Cara pemakanan protien yang sesuai adalah dengan memakan saiz yang kecil atau sederhana tetapi makan dengan lebih kerap seperti 4 atau 5 kali sehari. Anda sepatutnya rasa puas apabila selesai makan tetapi tidak terlalu kenyang. Makanlah dengan lebih perlahan boleh menyebabkan anda mengukur samada anda sudah kenyang atau belum. Apabila anda tidak yakin berapa banyakkah yang perlu anda makan kerana anda sudah biasa kerana bertahun-tahun makan dengan banyak, maka cubalah makan kurang dari apa yang anda biasa makan pada setiap kali waktu makan. Selepas 30 minit, jika anda tidak lagi merasa lapar, maka anda akan merasakan perbezaan diantara tabiat makan yang buruk atau lapar yang sebenar. Akhirnya anda akan belajar banyak manakah yang perlu anda makan yang akan menyebabkan penurunan berat badan.

(Artikel dipetik dari penulisan En Kamarul Nordin)

Hafiz Hamzah
012-9155159

Tuesday, February 15, 2011

Kenapa memakan buah-buahan TIDAK dibenarkan ketika menjalani program diet SD2 ?




Terdapat beberapa pendapat yang berbeza-beza berkenaan dengan konsep memakan buah-buahan semasa melakukan diet SD2. Masih ada yang mengatakan boleh memakan buah-buahan tertentu dan tidak boleh memakan buah-buahan yang lain. Oleh yang demikian pengamal SD2 sendiri mesti faham kenapa sebenarnya kita tidak digalakkan untuk memakan buah-buahan tersebut.

Walaupun kebanyakan buah-buahan adalah di dalam kategori karbohidrat yang baik, namun begitu buah-buahan adalah makanan yang mengandungi kandungan gula terbanyak dibandingkan dengan semua jenis makanan yang lain dan ini akan menghalang penurunan berat badan dan pembakaran lemak.

Di dalam fasa penurunan berat badan, kabohidrat yang boleh diambil hanyalah diantara 20 – 35 gram sehari untuk badan kita supaya masih boleh membakar lemak dibadan. Karbohidrat di dalam buah-buahan adalah terlalu tinggi untuk tahap yang dibenarkan ini.

Mari kita lihat secara secara terperinci kandungan karbohidrat di dalam beberapa jenis buah-buahan sebagai contoh:-

Jenis Buah Hidangan Kandungan Karbohidrat (gram)
Apple Hijau 1 (sederhana) 9.1 g
Apple Merah 1 (kecil) 13.1 g
Pisang 1 (keci) 22.9 g
Jambu (Guava) 1 (kecil) 20 g
Oren 1 (kecil) 10.4 g
Starfruit 1 (kecil) 10 g
Durian 1 (ulas) 27.9 g
Rambutan 4 – 5 (biji) 13.9 g
Anggur 8 (biji) 16.3 g
Betik 1 potong (kecil) 7.1 g
Tembikai 1 potong (kecil) 6 g
Avocado 1 (sederhana) 0.5 g

Source: New Image - Rapid Weight Loss Made Easy

Jika anda yakin bahawa buah-buahan yang anda makan tidak melebihi 35 gram sehari seperti memakan buah avocado, maka anda boleh makan buah-buahan tersebut. Jika tidak, adalah lebih selamat jika anda tidak menyentuh buahan-buahan tersebut untuk menjamin bahawa anda masih boleh membakar lemak tersimpan. Anda harus bertanggungjawab sendiri tentang apa yang anda makan dan tidak hanya mengambil cadangan atau pendapat tertentu tanpa memahami sebabnya yang sebenar.

Apabila anda telah faham akan konsep ini maka anda sudah boleh pula mengkaji akan sayur-sayuran dan banyak manakah yang anda boleh makan sehari. Sila lihat dan fahamkan akan kandungan karbohidrat sayur-sayuran dibawah dan buatlah keputusan anda sendiri daripada maklumat tersebut.

Vegetables (serving size) Carbs (g)
Peas, green, cooked (1 cup) 25g
Peppers, green (1 cup)10g
Pumpkin, cooked, mashed (1 cup)12g
Radishes, raw (1 cup) 4g
Spinach, cooked (1 cup) 7g
Squash, zucchini, cooked (1 cup) 8g
Squash, winter, acorn, cooked (1 cup) 30g
Succotash, cooked (1 cup) 47g
Sweet potato, baked w/skin (large) 44g
Tomatoes, raw (1 cup) 8g
Turnip, cooked, mashed (1 cup) 11g
Source: http://www.annecollins.com/dietary-carbs/carbs-in-veggies.htm

Semoga dengan ini anda menjadi pengamal diet SD2 yang lebih bijak dalam memilih pemakanan anda.

(Artikel ini dipetik dari penulisan En Kamarul Nordin)

Hafiz Hamzah
012-9155159

Gunakan Keto Sticks Untuk Ujian Pembakaran Lemak Apabila Mengamalkan SD2




Keto Sticks digunakan untuk ujian air kencing dengan mengukur jumlah ketone iaitu kumuhan pembakaran lemak dibadan.

Cara penggunaan: Lalukan atau rendamkan pada air kencing dan biarkan selama 1 minit dan lihat jika ada perubahan warna

Warna Putih - tidak ada pembakaran lemak. Kita masih memakan banyak karbohidrat yang menyebabkan pembakaran lemak tidak berlaku.

Warna Pink - pembakaran lemak tengah berlaku secara optimum

Warna Darker Pink / Purple - tidak cukup air and/or karbohidrat. Perlu meminum air lagi sekurang-kurangnya 2 litre sehari dan tambah karbohidrat yang diperlukan sedikit supaya menjadi pembakaran secara optimum dan keto stick pink kembali.

Harga ahli RM20
Harga bukan ahli RM27

Terdapat 50 strips untuk 50 kali ujian. Boleh dapatkan dari syarikat New Image atau pengedar anda yang terdekat.

Hafiz Hamzah
012-9155159